Thursday 31 May 2012

PRAKATA

Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia!

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak semua ahli kumpulan mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah penilai bagi kursus TZ40303 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah.  

Pembinaan blog ini memberikan satu pengetahuan yang baharu kepada guru-guru kerana ia dapat membantu murid untuk mengaplikasikan pembelajaran secara kendiri.  Melalui tugasan ini, murid-murid dikehendaki membaca dan memahami topik yang dipaparkan kemudian menjawab contoh soalan kuiz melalui Schoology.

Walaubagaimanapun, pendedahan teknologi maklumat di kalangan murid-murid sekolah rendah amat sukar terutamanya di kawasan luar bandar apatah lagi di kawasan pedalaman kerana jaringan Internet yang teramat terhad.  Selain itu, banyak makmal komputer yang terbengkalai yang akhirnya menyebabkan proses membudayakan kemahiran teknologi maklumat di kalangan murid-murid terbantut.

Justeru, melalui pembelajaran kendiri di blog ini amatlah diharapkan agar murid-murid dapat mempelajari tentang kejadian siang dan malam serta buruj-buruj yang ada dalam sistem suria kita seterusnya memberikan impak yang besar ke atas pencapaian objektif afektif iaitu menyayangi alam semesta dan menghargai ciptaan-Nya.



Daripada:
Ruzeiman Sahat, Ketua Kumpulan; dan
ahli-ahli kumpulan.