UNIT 11 - BUMI, BULAN DAN MATAHARI


11.0  PENGENALAN

Bagaimanakah bentuk dan ciri-ciri bumi?  Bumi adalah planet yang sungguh cantik di dalam sistem solar kita.  Satelit semulajadi bumi adalah bulan.  Bumi dan bulan bergerak mengelilingi matahari.



Bulan, bumi dan matahari dalam sistem solar dinamakan Bima Sakti


11.1   PERGERAKAN BUMI MENGELILINGI MATAHARI



Pergerakan matahari sepanjang tahun

Matahari bukan hanya mengelilingi matahari semata-mata.  Ia juga mengeliling orbitnya sendiri.  Perbezaan antara pergerakan orbit bumi dengan pergerakan bumi mengelilingi matahari adalah seperti berikut:

1. Matahari mengelilingi matahari mengambil masa setahun untuk melengkapkan 1 pusingan.
2. Matahari pusing mengikut orbitnya mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan 1 orbit.

Pergerakan bumi mengelilingi matahari mempunyai 4 fasa iaitu:

(a) Fasa 1: Ekuinoks Vernal (21-22 Mac)
(b) Fasa 2: Soltis musim panas (21-22 Jun)
(c) Fasa 3: Ekoinoks Autumnal (22-23 September)
(d) Fasa 4: Soltis musim sejuk (21-22 Disember)

Fasa-fasa tersebut mempengaruhi perubahan musim di bumi sehingga wujud 4 musim dalam setahun iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.  Ia juga mempengaruhi kegiatan pertanian di dalam bumi kita.


11.2  KEJADIAN SIANG DAN MALAM


Kejadian siang dan malam

1. Siang dan malam terjadi apabila bumi berpusing pada paksinya mengelilingi matahari.

2. Putaran tersebut menyebabkan sebahagian bumi akan gelap dan sebahagiannya akan siang.

3. Malam pula berlaku apabila bumi terlindung daripada matahari

4. Siang terjadi apabila bumi terdedah kepada matahari.



11.3  FASA BULAN

 
Fasa bulan

Fasa bulan adalah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak.  Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa beruba-ubah.  Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk.  Akibatnya terjadilah fasa-fasa bulan.

Dalam tempoh peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat dilihat dari bumi antaranya ialah:

Fasa 1: Ijtimak dan hilal
Fasa 2: Bulan pada suku pertama
Fasa 3: Bulan pada suku kedua (Bulan purnama)
Fasa 4: Bulan pada suku ketiga




















No comments:

Post a Comment